Isteri naik hantu! Serang rumah urut, belasah skandal suami sampai bogel

Seorang isteri nekad menerjah sebuah rumah urut di Phuket, Thailand yang dikunjungi suaminya untuk melanggan pelacur dalam satu kejadian pada Rabu lalu.

Memetik laporan Daily Star, si isteri nekad bertindak ke premis tersebut selepas melihat foto suaminya bersama pekerja seks berkenaan di telefon bimbit. Bukan itu sahaja, rakan-rakannya juga memberitahu pernah melihat suaminya ke premis tersebut. Susulan daripada itu, dia dipercayai mengekori suaminya yang akhirnya membawa kepada satu pergelutan.

Wanita berkenaan kemudian menarik tuala yang dipakai pelacur itu sehingga bogel selain menamparnya berulang kali. Kejadian itu dipercayai berlaku selepas si suami beredar dari rumah urut tersebut.

Menurut sumber, pekerja seks berkenaan berkali-kali meminta maaf dan menyesal dengan tindakannya. Dia turut mendakwa tidak tahu bahawa lelaki itu sudah berkahwin.

Saya tidak tahu dia sudah beristeri. Saya tidak akan bertemu lagi dengannya.

Pihak polis menerusi satu kenyataan mendakwa tidak menerima apa-apa laporan daripada kedua-dua belah pihak. Namun, mereka menggesa mangsa tampil membuat laporan untuk siasatan lanjut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*