Berang isteri keguguran selepas dilanggar, abang askar ‘naik angin’, tendang kepala penunggang motosikal

SEORANG anggota tentera gagal menahan emosi apabila dia menendang kepala seorang penunggang motosikal yang melanggar isterinya.

Lelaki itu bertindak kasar berikutan kecuaian pemandu yang menyebabkan isterinya mengalami keguguran.

Ia berlaku ketika mereka baru pulang daripada menghadiri pemeriksaan kandungan di klinik kesihatan.

Menurut portal Tribunnews, insiden berlaku ketika pasangan berkenaan sudah memberikan lampu isyarat untuk membelok ke kanan.

Bagaimanapun, penunggang motosikal yang tidak memperlahankan motosikalnya terus menghentam mereka dari arah belakang.

Akibat hentaman kuat, lelaki itu dan isterinya tergolek di atas jalan dalam kejadian di Kampung Johar Baru, Indonesia.

Mengenangkan kandungan isterinya baru berusia dua minggu, anggota beruniform itu melampiaskan kemarahan terhadap penunggang motosikal tersebut.

Dalam kejadian itu, orang ramai yang baru sahaja pulang daripada menunaikan solat di surau berdekatan menghampiri mereka dan cuba menenangkan keadaan.

Walaupun kekecohan sudah berjaya diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak, anggota tentera itu terpaksa menerima hakikat bahawa isterinya mengalami keguguran selepas kemalangan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*