Terima sogokan lebih RM1 juta, SPRM tahan bekas Datuk Bandar di Johor

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Kluang menahan seorang bekas datuk bandar di Johor kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.

Menurut sumber, lelaki berusia 63 tahun itu ditahan di pejabat SPRM pada kira-kira 4 petang Sabtu

“Beliau didakwa menerima wang rasuah lebih RM1 juta daripada kontraktor sebagai balasan meluluskan projek,” katanya.

Pengarah SPRM Johor Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Jenayah 1 (Khas Rasuah) Johor Bahru dengan 12 tuduhan,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*