SELEPAS melarikan diri selama lebih dua bulan, seorang gadis berusia 15 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan bapa dan adik lelakinya ditahan polis India pada Rabu.
Gadis itu ditahan selepas dia disyaki sebagai suspek utama pembunuhan dua ahli keluarganya di Madhya Pradesh, Mac lalu.
Menurut polis, gadis itu didakwa membunuh bapanya selepas hubungan cintanya dengan seorang lelaki berusia 19 tahun mendapat tentangan keluarga.
Lebih ngeri, dia turut memotong mayat bapanya.
Adik lelakinya yang berusia lapan tahun turut dibunuh selepas dia menyaksikan kejadian ngeri itu.
Kes pembunuhan itu terbongkar pada pagi 15 Mac apabila sepasukan polis dihantar ke rumah gadis itu, yang didapati terkunci daripada luar.
Selepas memecahkan pintu, polis berkata mereka menemukan dua mayat yang mana si bapa didapati tidak sedarkan diri di atas lantai dan kanak-kanak lelaki itu pula disumbat di dalam peti sejuk.
Gadis itu dan teman lelakinya dikesan melarikan diri ke Stesen Kereta Api Madan Mahal.
Bagaimanapun, polis berjaya menjejakinya dua bulan kemudian sebelum penahanan dibuat pada Rabu.
Turut baca :
Leave a Reply