KERIANGAN seorang budak sedang bermain bola bertukar tragedi apabila dia digilis sebuah kenderaan pacuan empat roda di Sidoarjo, Indonesia pada Ahad.
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu dipercayai sedang bermain bola tampar bersama jiran tetangga di kawasan terbabit sebelum dirempuh ketika melintas.
Difahamkan, orang ramai yang menyedari situasi itu sempat menjerit ‘berhenti’ namun gagal dielak pemandu yang memandu laju di laluan selekoh tersebut.
Pemandu kereta jenis Toyota Fortuner itu kemudiannya diserbu dan dimarahi selepas dikatakan seolah-olah tidak menyedari akan pelanggaran itu.
Balita berusia 2th meninggal dunia setelah tertabrak mobil tetangganya di perumahan Quality Riverside Ds.Gamping Kec Krian Kab Sidoarjo.
Klo dah gini mau nyalahin mobil juga bingung#viral #viralvideo pic.twitter.com/f5Z2FHkvBN
— The Scariest Project (@ScariestProject) May 26, 2024
“Anehnya, pemandu seperti tidak sedar akan hal itu walaupun kanak-kanak berkenaan digilis pada tayar hadapan dan belakang.
“Insiden itu berlaku terlalu pantas, mangsa dari taman perumahan berlari ke seberang jalan dan tiba-tiba kereta dengan kelajuan tinggi merempuh kanak-kanak itu,” kata Hanif yang merupakan salah seorang saksi kejadian.
Ketua Unit Trafik Polis Sidoarjo, Ajun Komisaris Polisi Ony Purnomo berkata, kes tersebut masih dalam siasatan dan pemandu berkenaan sudah pun ditahan.
Turut baca :
Leave a Reply