Remaja lelaki belasah warga emas, rupanya ini puncanya

APABILA perasaan amarah mengatasi segalanya.

Begitulah kisahnya apabila seorang penunggang motosikal tergamak menumbuk pemandu bas selepas kenderaan mereka berlanggar di Jalan Thepprasit, Pattaya, Thailand pada Khamis (23 Mei).

Sejurus tiba di lokasi kejadian, anggota polis dan pihak berkuasa mendapati bas mini itu mempunyai kerosakan di bahagian hadapan.

Kerosakan itu berpunca daripada rempuhan motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki, Kritsana Thomkham berumur 28 tahun.

Pemandu bas mini itu pula dikenali sebagai Thananan Sophanudompat yang berusia 61 tahun.

Polis Pattaya melaporkan sebelum ketegangan tercetus, kedua-dua mereka sedang berbincang mengenai bayaran ganti rugi susulan kemalangan yang berlaku.

Namun, Kritsana kemudiannya secara mengejut menumbuk Thananan sehingga menyebabkan bibirnya luka.

Pihak berkuasa seterusnya termasuk campur tangan dan meleraikan pergaduhan mereka.

Polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk menentukan siapa yang bersalah sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*