Seorang wanita yang bekerja di Arab Saudi terkejut apabila diajak berkahwin oleh majikannya sendiri, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Lebih mengejutkan apabila wanita bernama Sarah itu diajak berkahwin selepas tiga hari bekerja.
“Majikan saya kini suami saya. Saya bekerja di rumah suami, baru hari ketiga saya bekerja… saya berkahwin,” kata Sarah.
Sarah pada awalnya datang sebagai pekerja asing di Arab Saudi, namun hakikatnya dia enggan bekerja sebagai kerana malas.
Oleh itu, Sarah berdoa agar dia ditemukan jodoh dengan segera dan doanya makbul.
Menurut Sarah, majikannya seorang yang baik biarpun sudah berumur dan mempunyai isteri lain sewaktu berkahwin.
Kini, Sarah dan suaminya hidup bahagia dan mereka telah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun.
Suaminya turut membelikan sebuah kereta dan tiga buah rumah serta tanah untuk Sarah.
Dia kini merupakan satu-satunya isteri lelaki berkenaan selepas suaminya menceraikan isteri pertama.
Turut baca :
Leave a Reply