Media sosial dikejutkan dengan berita rumah bek tengah Selangor FC, Khuzaimi Piee dipecah masuk semalam.
Perkara ini dikongsikan sendiri pemain pertahanan berusia 30 tahun itu di Instagram Story beliau.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat Khuzaimi, beliau mendapati pintu pagar rumahnya sudah terbuka selepas pulang daripada menjalani latihan bersama Selangor pada jam 9.00 malam.
Sebaik memeriksa keadaan dalam rumah, Khuzaimi mendapati beberapa barang miliknya telah hilang. Antara barang tersebut ialah motosikal Yamaha Y15ZR berwarna biru, beg silang pelbagai jenama dan pasport.
Khuzaimi kemudiannya meminta jasa baik orang ramai agar dapat membantunya mencari motosikal yang dicuri itu. Sebarang maklumat boleh dimaklumkan kepada beliau atau balai polis berhampiran.
Kejadian jenayah ini merupakan kejadian jenayah terbaru membabitkan pemain bola sepak kebangsaan.
Sebelum ini, arena bola sepak negara dikejutkan dengan insiden samun yang menimpa Akhyar Rashid, insiden simbahan asid yang menimpa Faisal Halim dan insiden cermin kereta Safiq Rahim dipecahkan.
Turut baca :
- “Thailand tidak sehebat mana pun… Malaysia ‘libas’ skuad Gajah Perang muncul juara berganda Piala Dunia Sepak Takraw
- “Jaga Aariz selagi terdaya… ‘Bantuan cecah RM30,000, sebelum ini hanya RM12 dalam tangan – Syukur Alhamdulillah!
- {VIDEO} “Muda-muda dah tiada adab… Budak sekolah cuba belasah pengadil bola sepak di Kedah
Leave a Reply