Seronok dimanjakan oleh suami, pelakon kelahiran Singapura Datin Atikah Suhaime teruja apabila suaminya, Datuk Lokman Teh telah menghadiahkan sebuah kereta mewah terpakai (second hand) kepadanya baru-baru ini.
Meskipun menerima kereta terpakai, Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, tetap gigih untuk membuatkan kelihatan baharu dengan ‘mencantikkan’ bahagian luaran kenderaan tersebut agar kelihatan seperti baharu.
“Suami belikan sebuah kereta second hand, jadi saya bawa pegi ‘facial’. Iyalah, kalau kulit saya licin, permukaan kereta pun kena licin juga dan kecilkan pori-pori.
“Bawa pergi polishing and coating kalau nak kereta nampak seperti baru.
Dalam pada itu, paling menarik perhatian ramai apabila bintang filem Tan-Ti-Ana itu mengakui tidak mempunyai lesen memandu sehingga kini.
“Masalahnya satu sahaja, saya tidak ada lesen kereta,” ujarnya ringkas.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira malah menyifatkan Atikah sangat merendah diri.
“Kereta second hand ini pun saya tetap tak mampu datin.
“Atikah ni comel dan tak berlagak. Sangat hargai apa sahaja yang diberikan suami,” komen netizen.
Sebelum ini, Atikah pernah memberitahu tidak kisah sekiranya dikongkong oleh Lokman namun haruslah menerima layanan istimewa dan dimanjakan oleh suami.
Untuk rekod, Atikah dan Lokman selamat mendirikan rumah tangga dalam sebuah acara tertutup pada 21 Januari lalu.
Turut baca :
Leave a Reply