TULAR satu kejadian samun melibatkan seorang lelaki yang menggunakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menerusi satu video berdurasi 48 saat itu yang tersebar sejak Sabtu itu, lelaki terbabit dilihat berulang kali melakukan ancaman terhadap dua individu lain termasuk penjaga kaunter.
Dia juga kemudiannya melakukan libasan beberapa kali yang mengenai barangan jualan di kedai terbabit.
Lelaki terbabit juga didengar memberikan ancaman terhadap pekerja di kedai terbabit supaya tidak membuat laporan polis.
Malah, dia juga mengugut untuk menikam penjaga kaunter tersebut sekiranya berbuat demikian.
Klip berkenaan bagaimanapun memaparkan dua individu terbabit kemudiannya berjaya melarikan diri dengan keluar dari kedai terbabit.
Dalam pada itu, satu video berasingan memaparkan salah seorang mangsa dilihat mengalami kecederaan luka di bahagian tangan akibat insiden tersebut.
Pada masa sama, perkongsian maklumat di media sosial mendakwa lelaki terbabit sememangnya dikenali individu yang mempunyai pelbagai rekod jenayah dan pernah dipenjara.
Malah, dia juga dikatakan sering berkeliaran di kawasan tersebut.
Maklumat dikongsikan turut menyatakan bahawa lelaki berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod memiliki sebarang penyakit mental.
Tarikh dan waktu pada video terbabit memaparkan insiden terbabit berlaku pada 13 Mei lalu sekitar pukul 7 petang.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya memaklumkan tiada laporan diterima berhubung insiden tersebut.
Turut baca :
Leave a Reply