Lebih 10 kali diserang ‘abang besar’ dalam lima bulan

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Kampung Tendrik, Pos Bihai di sini terpaksa menanggung kerugian besar selepas kawasan kebun mereka diceroboh gajah liar dan kera hampir setiap bulan sejak awal tahun ini.

Situasi itu menyebabkan ada penduduk yang tidak dapat turun ke kebun kerana bimbang dengan ke­selamatan diri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli Pos Bihai, Pelinejon Assut berkata, kejadian serangan haiwan liar itu semakin kerap berlaku sejak kebelaka­ngan ini sehingga memusnahkan tanaman pisang, ubi kayu dan betik milik penduduk.

Menurutnya, dalam masa lima bulan, lebih 10 serangan berlaku di kampung itu sekali gus memberi kesan kepada pendapatan dan sumber makanan penduduk.

““Baru-baru ini hampir 100 ekor beruk liar datang mengganggu tanaman. Kami takut untuk menghalaunya kerana haiwan itu datang secara berkumpulan selain ganas,” katanya ketika ditemui semalam.

Pelinejon memberitahu, di­sebabkan kejadian itu, ada penduduk yang berputus asa untuk bercucuk tanam.

Sementara itu, penduduk, Adi Along, 78, berkata, dalam kejadian terbaharu pukul 7 pagi semalam, dia mengesan kehadiran gajah liar di kebun pisangnya.

“Rumah buluh di kebun saya turut dirosakkan. Anak saya sempat merakam kelibat gajah. Kami berhasrat untuk mengutip pisang pada hari kejadian, nampaknya tanaman tersebut semuanya sudah musnah angkara gajah liar,” katanya.Kami sedih kerana tanaman yang dirosakkan sudah membuahkan hasil dan hanya me­nunggu masa untuk dituai.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*