{VIDEO} Lelaki nyaris maut, kereta terbakar ketika isi minyak

Tangkap layar memaparkan keadaan kereta yang hangus terbakar di sebuah stesen minyak di Repoh, Kangar, Perlis

Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Proton Wira Aeroback miliknya terbakar dan meletup ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, lelaki berusia dalam lingkungan umur 40-an itu cedera selepas terkena serpihan cermin kenderaannya.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, siasatan awal mendapati insiden berlaku ketika pemandu kereta sedang mengisi minyak.

“Bahagian tangki tiba-tiba meletup mengakibatkan kenderaan terbakar, namun berjaya dipadam sepenuhnya15 minit kemudian.

“Siasatan forensik mendapati punca cetusan api bermula pada bahagian tempat duduk hadapan penumpang kiri dipercayai akibat tindak balas sebuah telefon bimbit dengan wap petrol yang berada di dalam kenderaan tersebut,” jelasnya

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*