Serangan balai polis : Arwah janji belikan iPhone dengan syarat jadi insan berguna

Adik kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar memaklumkan arwah abangnya pernah berjanji untuk membeli iPhone jika rajin belajar dan mendengar kata ibu dan ayahnya.

Menurut Nur Azza Assyufia Azhar, 16, sifat arwah yang gemar memberikan nasihat dan menolongnya walaupun gajinya tidak setinggi mana tidak akan beliau lupakan.

“Arwah rela berhabis duit untuk keluarga tidak mengira adik beradik, ayah, ibu malah atuk dan nenek selain gemar belanja orang kampung setiap kali pulang.

“Malah, arwah sentiasa memberikan wang pada saya dengan syarat menjadi insan berguna selain berjanji untuk membelikan iPhone kepada saya sebagai pendorong semangat untuk belajar lebih rajin,” katanya di Jalan Kampung Poh Tambahan 1 Bidor di sini hari ini.

Beliau bersekolah di tingkatan empat di Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang, Bidor.

Katanya lagi, beliau dimaklumkan berkenaan kematian arwah oleh makciknya yang ke sekolah.

“Saya dipanggil ke pejabat sebelum dimaklumkan mengenai kematian abang saya (arwah) meminta saya pulang ke rumah.

“Saya amat terkejut dan sedih mengapa arwah yang baik dengan semua orang itu diperlakukan sedemikian,” katanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*