Anak sembunyi mayat bapa kerana mahu dapatkan pencen

Polis Taiwan menuduh seorang wanita menyembunyikan rangka bapanya yang berusia 100 tahun di rumah suspek selama bertahun-tahun untuk menuntut bayaran pencen mangsa, lapor portal berita South China Morning Post.

Wanita yang tidak didedahkan namanya itu berasal dari bandar Kaohsiung, selatan Taiwan. Dia dilaporkan tinggal bersama bapanya selama lebih 50 tahun selepas ibunya meninggal dunia lebih awal.

Polis mula curiga pada November tahun lalu apabila wanita itu didenda NT$60,000 (RM8,785) kerana tidak membenarkan pihak berkuasa kesihatan memasuki rumahnya untuk menyembur bahan kimia bagi mencegah pembiakan nyamuk aedes.

Purata pencen untuk veteran tentera Taiwan ialah NT$49,379 (RM7,230) sebulan.

Namun, pihak berkuasa yang melakukan siasatan mendapati saudara lelakinya yang didakwa wanita berkenaan membawa bapanya ke tanah besar China telah meninggal dunia 50 tahun lalu.

Polis kemudian melakukan pemeriksaan di dalam rumah dan menemui sebuah beg plastik hitam berisi tulang rangka bapanya.

Pihak berkuasa kini menjalankan siasatan bagi untuk mengenal pasti punca kematian mangsa atau sama ada wanita itu terlibat membunuh bapanya.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*