{VIDEO} “Motosikal ‘total lost’ patah dua… Rakan konvoi rakam detik penunggang ‘superbike’ terpelanting ‘sondol’ belakang kereta

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi dipercayai cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kenderaan di sebuah lebuh raya pada Sabtu.

Namun begitu tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang berkonvoi menuju ke suatu destinasi bersama rakannya yang lain.

Video kemalangan ngeri itu juga dirakam oleh salah seorang rakan mangsa pada waktu kejadian dan turut tular di media sosial pada hari yang sama.

Melalui rakaman berdurasi kurang seminit yang dikongsikan, mangsa dilihat memotong beberapa kenderaan dengan laju sebelum dia hilang kawalan dan merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Honda City.

Impak daripada rempuhan tersebut menyebabkan mangsa terpelanting ke kiri jalan.

Melalui video berlainan memaparkan mangsa terbaring di tepi jalan ditemani oleh dua rakannya yang lain.

Turut kedengaran suara seorang lelaki menceritakan keadaan motosikal dan kereta yang terlibat kemalangan.

“Motosikal total lost (hancur) patah dua. Pecah rim, berpusing kereta,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan number pendaftaran yang digunakan oleh rakan mangsa, mereka dipercayai bukan warga negara tempatan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*