SEREMBAN – Lima orang kanak-kanak dan seorang remaja berusia 17 tahun diselamatkan anggota bomba selepas mereka terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Batang Labu, Batu 9, Kampung Tebing Tinggi, Nilai, kira-kira pukul 5 petang semalam.
Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Komander Operasi, Bakarya Mohd. Salleh berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 5.09 petang .
“Sebuah jentera bersama unit Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan keanggotaan seramai tujuh pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai dan dibantu tiga anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pelegong terus bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba, terdapat enam mangsa telah terperangkap di atas batu sungai ketika air sungai yang mengalir deras. Kerja-kerja penyelamatan ke atas mangsa terus dilakukan,”katanya.
Katanya, semua mangsa lelaki yang berusia 10 hingga 17 tahun itu berjaya diselamatkan pada pukul 6.40 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Turut baca :
- {VIDEO} Akibat sering dikecam netizen, Fathia Latiff buka mulut – ‘Jangan sampai aku keluar agama kerana korang’
- {VIDEO} Pemandu tegur wanita berdiri tengah panas cop parking… ‘Makcik bukan kereta kan?, mana boleh main cop-cop macam ni’
- Wanita ‘hilang sabar’ kawan tumpang tak hulur duit – “Kau ingat kereta ni gerak pakai niat?”
Leave a Reply