Seorang kanak-kanak lelaki menarik perhatian ramai apabila dia ditemui berbaring santai di dalam sebuah tanah perkuburan sambil bermain telefon bimbit tanpa mempedulikan keadaan persekitarannya.
Menerusi perkongsian video di laman TikTok @wandadonut167, kanak-kanak lelaki itu kelihatan ralit menonton video melalui telefon bimbitnya sambil berbaring beralaskan kotak di tengah-tengah kawasan perkuburan sebelum disergah oleh ibunya.
“Alahai anak, boleh pula dia berkampung dekat kubur sambil tengok telefon. Kan bangun ahli kubur dik,” ujar ibunya.
Difahamkan, anak ketiganya itu memang suka menyendiri dan lebih berminat berkawan dengan haiwan seperti kucing berbanding kanak-kanak sebayanya.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna geli hati dengan telatah aneh kanak-kanak yang dilihat tidak gentar berbaring di kawasan sunyi itu.
“Hati kau keras dik, akak lalu tepi jalan nampak kubur pun muka akak pusing ke lain,” komen Miss Lily.
“Mesti anak nombor tiga, hati kering sikit, suka duduk seorang diri, malas nak berkawan sebab kadang-kadang orang tak peduli kehadiran kita,” ujar Farah Abdullah.
“Mereka masih belum berakal, masih di dalam rahmat Allah. Ahli kubur mendapat rahmat dari adik ni, moga besar nanti hebat jadinya,” kata Rafie Huzzainie.
Setakat ini, video tular itu telah mendapat 1.6 juta tontonan, 51,900 tanda suka dan 9162 kali perkongsian.
Turut baca :
Leave a Reply