{VIDEO} Alhamdulillah! Tak tolak jika rezeki diberi gelaran biduanita negara – Tokti

Sebut saja mengenai penyanyi nombor satu negara, pasti kita sudah terfikir tidak lain tidak bukan nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Untuk makluman anda, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan panggilan TokTi bakal membuat persembahan di Loop Music Festival yang akan diadakan di Axiata Arena pada Sabtu 11 Mei nanti.

Beliau dalam temu bual bersama rakan media memberitahu segala persiapan sudah dilakukan dan berharap ia akan berjalan dengan lancar pada persembahan itu nanti.

Ditanya mengenai tentang pembawakan lagu yang akan dipersembahan pada konsert itu nanti, TokTi memberitahu beliau akan membawa lagu-lagu yang peminat mengenali dari awal karier beliau.

“Lagu-lagu yang peminat mengenali saya daripada awal, pelbagai rentak yang saya akan menyanyikan pada malam tersebut.

“Insyaallah saya cuba sesuaikan dengan semua generasi yang ada malam itu,” katanya dalam sidang media di Crancky Studio.

Tambahnya, beliau juga berbesar hati kerana dijemput membuat persbahan di Loop Music Festival itu.

Tak tolak jika rezeki diberi gelaran biduanita negara

Umum sedia maklum jika sebelum ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ada memberitahu bahawa pihaknya kini sedang meneliti cadangan penganugerahan gelaran Biduanita Negara kepada penyanyi nombor satu negara itu.

Semasa ditanya media adakah TokTi bersedia jika diberikan gelaran itu, beliau menjawab jika itu rezekinya dia tidak menolak untuk menerimanya.

Namun, beliau tidak mahu mengharap lebih buat masa ini dan mahu fokus pada karier seninya.

“Kalau sampai masanya, sampai rezeki saya, saya dapat, dapat. Alhamdulillah,” katanya.

Loop Music Festival bakal menghimpunkan lagenda-lagenda ikonik negara bersama para pendominasi carta-carta muzik tempatan.

Antara barisan artis terkenal tanah air yang bakal membuat persembahan adalah Dayang Nurfaizah, XPDC, Masdo, Insomniacks, Aisha Retno, Noraniza Idris, Sufian Suhaimi dan ramai lagi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*