SERAMAI lima mangsa maut dalam tragedi mengerikan selepas tali yang diikat pada sauh tercabut dan melibas penumpang kapal dalam kejadian yang berlaku di Terminal Sadarghat dekat Dhaka, Bangladesh pada 11 April lalu.
Kejadian pada Syawal pertama itu menyaksikan lima terkorban termasuk pasangan suami isteri bersama anak mereka yang berusia empat tahun.
Pengarah Jabatan Keselamatan Maritim dan Pengurusan Trafik Dhaka, Zainal Abedin berkata, terdapat beberapa lagi penumpang yang mengalami kecederaan dalam kejadian pada pukul 3 petang itu.
Mereka yang tercedera dibawa ke Hospital Kolej Perubatan Sir Salimullah atau Hospital Mitford untuk mendapatkan rawatan.
Berdasarkan laporan media antarabangsa, kesemua mangsa terkorban meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan.
Bangladesh: Cinco personas murieron en un accidente que ocurrió el pasado jueves en el puerto de Sadarghat, cuando una soga de amarre de un barco se rompió y el latigazo embistió a varios pasajeros que se encontraban en el muelle. 😮😮 pic.twitter.com/lD8l1YUM3M
— CrónicaPolicial (@CronicaPolicial) April 29, 2024
Mangsa dikenali sebagai Md Belal, 30, dan isterinya iaitu Mukta, 24, dan anak mereka Maisha, 4.
Dua lagi mangsa ialah Ripon Hawlader, 38, dan Robiul, 19, masing-masing dari Patuakhali dan Thakurgaon.
Belal bekerja di sebuah kilang pakaian di Gazipur. Dia tinggal di sana bersama isteri dan anak perempuannya dan dilaporkan mahu pulang ke kampungnya pada cuti hari raya.
Dalam rakaman yang tular di laman X (Twitter), ia menyaksikan penumpang di kapal MV Pubali-1 dan MV Tasrif-4 terikat kepada pontun atau paltform terapung dengan tali sauh yang besar.
Namun begitu, tali MV Tasrif-4 terputus dan melibas penumpang selepas kapal MV Farhan-6 cuba melabuhkan sauh ketika kejadian.
Turut baca :
Leave a Reply