{VIDEO} Lelaki lari berbogel selepas kelar isteri, anak berjaya ditahan

{VIDEO} Lelaki lari berbogel selepas kelar isteri, anak berjaya ditahan.

Susulan kes seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan bogel dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan isteri dan anak lelaki berusia dua bulan telah ditahan pihak polis di sekitar Permis Jaya, Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, polis turut merampas sebilah pisau pemotong dan sebuah motosikal yang ditunggang suspek.

Katanya, tangkapan terhadap suspek dibuat ekoran satu laporan polis berhubung kejadian bunuh melibatkan seorang ibu berusia 26 tahun dan seorang bayi lelaki.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian bunuh itu dipercayai berlaku pada pukul 12.30 tengah hari di sebuah rumah di kawasan Bakar Batu.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati,” katanya.

Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat menerusi talian 013-4472909 untuk membantu siasatan polis.

Sebelum itu, tular di media sosual yang memaparkan seorang lelaki menunggang motorsikal dalam keadaan bogel selepas dipercayai mengelar anak dan isterinya.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*