GARA-GARA pahanya cuba disentuh, seorang wanita bertindak nekad mencurah ‘air keras’, iaitu sejenis asid, kepada lelaki yang didakwa cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadapnya, kerana mahu mempertahankan diri.
Wanita berusia 22 tahun dari Palembang, Indonesia ketika disoal siasat polis berkata, ketika kejadian yang berlaku Mac lalu, lelaki berkenaan pada mulanya bertanyakan mengenai keberadaan suaminya.
Dia kemudian menghantar lelaki tersebut dengan menunggang motosikal ke rumah mentuanya, iaitu lokasi di mana suaminya berada.
Bagaimanapun dakwa wanita itu, ketika dalam perjalanan, lelaki tersebut yang membonceng motosikalnya cuba meraba pahanya.
Sebaik sampai di rumah mentuanya, dia yang marah segera masuk ke dalam rumah dan mencapai botol air kosong dan mencurah kepada wajah lelaki berkenaan.
Lelaki itu meraung kesakitan akibat mengalami lecur dan segera dikejarkan ke hospital.
Wanita berkenaan yang ditahan polis tidak lama kemudian mendakwa dia tidak mengetahui bahawa botol kosong berkenaan sebenarnya berisi asid.
Akibat tindakan tersebut, wanita tersebut kini berdepan dengan hukuman lima tahun penjara.
Turut baca :
Leave a Reply