SEORANG wanita Brazil ditahan selepas bertindak membawa masuk mayat seorang lelaki dengan berkerusi roda ke dalam sebuah bank di negara itu, selepas dipercayai cuba melakukan penipuan.
Dalam kejadian di Bangu, Rio De Janeiro, wanita tersebut didakwa mengheret mayat bapa saudaranya yang sudah pucat menghampiri kaunter.
Melihat tingkah laku wanita tersebut yang mencurigakan, seorang kakitangan bank bertindak merakam kejadian berkenaan.
Berdasarkan video yang tersebar di media sosial, suspek, Erika de Souza Vieira bertindak cuba mengambil kesempatan ke atas warga emas itu untuk menandatangani dokumen perjanjian permohonan pinjaman bernilai lebih RM16,000.
Seolah-olah sedang berbicara dengan suspek, Erika memegang pen dan cuba menggerakkan tangan Paulo Roberto Braga, namun tiada sebarang respons ditunjukkan lelaki itu.
“Pakcik, dengar tak ? Pakcik harus menandatangani (dokumen),” katanya.
Pihak polis kemudian datang ke bank sebelum mengesahkan warga emas berusia 68 tahun itu sebenarnya telah meninggal dunia beberapa jam sebelum kejadian.
Hasil siasatan awal mendapati, mayat tersebut adalah bapa saudaranya yang dijaga dan dirawat semasa lelaki itu hidup.
Polis bagaimanapun masih menyiasat status hubungan Erika dan Paulo, selain mengesahkan waktu dan lokasi sebenar kematian.
Turut baca :
Leave a Reply