{VIDEO} Gelagat lucu Tunku Azizah layan ‘makcik latah’cetus perhatian ramai

Gelagat lucu Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sering mendapat perhatian dari netizen. Ramai yang sayang dengan bekas Raja Permaisuri Agong ini kerana sikap ramahnya untuk dekat dengan rakyat membuatkan beliau lebih disayangi ramai. Walaupun Tunku Azizah telah pulang ke negeri Pahang, namun jasanya ketika menjadi Raja Permaisuri Agong masih menjadi bualan sehingga kini.

Keluarga Kerabat Pahang juga dikenali dengan sifat ‘Turun Padang’ dalam segala hal, baik Sultan, Permaisuri mahupun anak-anak baginda yang telah terdidik untuk bersama-sama dekat dengan rakyat.

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @brodon786 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 399 ribu, tanda suka sebanyak 10 ribu dan sebanyak 279 komen.

Di dalam video berkenaan memaparkan Tunku Azizah yang berada di suatu majlis dan sedang melayan dua orang mak cik yang sedang melatah dihadapannya itu.

Rata-rata rakyat terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa saking ramahnya Tunku melayan karenah mereka, semakin dekat Tunku berada dihati mereka.

Apa-apa pun, Semoga Tunku Azizah dipanjangkan usia dan semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*