{VIDEO} Jenuh lari kejar bas selepas tertinggal di Karak

Tular di media sosial seorang lelaki berlari beberapa meter mengejar sebuah bas ekspres di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, semalam.

Menerusi perkongsian DjYuyui di TikTok, lelaki itu dipercayai tertinggal bas yang dinaiki menuju ke ibu kota.

“Kena tinggal bas ke bang? 4 Syawal 1445H,” tulisnya ringkas.

Menerusi hantaran berkenaan, orang ramai tidak ketinggalan berkongsi pengalaman berdepan situasi sama.

“Pernah juga tertinggal bas di R&R dulu. Terkedu kejap lepas tengok bas dah tak ada dengan tengah malam lagi,” kongsi @syafiqah.

“Kawan akak pernah kena. Orang berhenti nak pergi bagi tandas kat stesen minyak tapi dia lepak kat tandas. Kena tinggal dan kejar bas juga, nasib tak jauh,” kata @Ijazam.

Turut baca :

“Dalam hati abang tu, tolong la sesak tak bergerak,” ujar @poksu92TPG.

Namun dalam masa sama, ada juga yang seolah-olah mempertikaikan tindakan pemandu bas berkenaan yang tidak memastikan semua penumpang cukup sebelum memulakan perjalanan.

“Dulu zaman saya naik bas pemandunya bagus-bagus. Sebelum jalan tengok dulu penumpang cukup ke tak. Nasib orang tu muda boleh kejar. Kalau org tua, entahlah,” luah @Ila

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*