DI China, penduduknya begitu sinonim dengan air teh. Sejarah menunjukkan teh merupakan minuman utama bagi bangsa Cina sejak berabad yang lalu. Mereka percaya minuman ini memberi kesegaran serta kesihatan badan yang berpanjangan.
Terdapat banyak ladang teh di China tetapi sebuah ladang di daerah Gushi dalam wilayah Hunan ini amat berlainan sekali. Boleh dikatakan ia ladang teh yang berlainan sekali tradisi kebiasaannya.
Pemetik teh di ladang ini hanya terdiri daripada gadis-gadis muda sahaja. Tugas gadis-gadis ini hanya perlu memetik daun teh sahaja tanpa melakukan kerja-kerja lain.
Tetapi, tugas itu harus dilakukan dengan syarat di mana daun teh perlu dipetik menggunakan mulut atau bibir tanpa sentuhan daripada tangan.
Kedengaran mudah, bukan? Tetapi bukan senang untuk gadis-gadis di wilayah tersebut boleh diterima bekerja di ladang ini.
Sesiapa yang mahu bekerja di sini terlebih dahulu harus lulus ujian saringan yang ditetapkan.
Terdapat beberapa kriteria penting untuk memilih si pengutip daun teh ini. Hanya gadis berusia 16 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk memohon. Jika terpilih, mereka tidak dibenarkan sama sekali melakukan kerja lain walaupun selepas habis waktu bekerja.
Antara syarat utama untuk memohon jawatan pemetik dauh teh ini, gadis itu harus mempunyai bentuk badan yang menarik. Gadis-gadis yang bekerja di sini haruslah cantik dari atas kepala hingga ke hujung kaki, juga tidak boleh mempunyai mempunyai sebarang parut pada tubuh badan.
Selain itu, mereka harus sentiasa bersih sebelum datang kerja. Bagi mereka yang di dapati kurang bersih, bilik khas disediakan untuk mereka menghias diri.
Semua pengutip daun teh di ladang ini perlu melakukan senaman khas setiap pagi untuk menguatkan leher dan bibir. Seawal jam 7:00 pagi, gadis-gadis ini akan memulakan tugas mengutip daun teh. Mereka akan dibekalkan sebuah raga kecil yang dipanggil Chaliuqing.
Raga tersebut mempunyai tali di kedua-dua sisi yang akan diikat pada leher dan raga kecil itu diselitkan di celah dada mereka. Raga tersebut diperbuat daripada ranting pokok dedalu.
Gadis yang terpilih untuk bekerja di ladang ini wajib mengikuti program khas untuk melatih mereka cara memetik daun teh dengan bibir. Jika tidak mampu melakukannya, mereka tidak akan diterima bekerja di sini.
Memang bunyinya sukar, tetapi pemetik daun teh di ladang ini antara kerja yang diidamkan ramai gadis kerana gaji yang diterima amat lumayan.
Mengapa lain cara memetik dauh teh di ladang ini? Mengapa hanya golongan gadis semata-mata?
Dikatakan tugas ini merupakan amalan sejak dahulu lagi dalam budaya mereka di sana. Mereka percaya kepada legenda yang mengatakan meminum air teh yang menggunakan daun teh hasil kutipan gadis-gadis perawan ini dianggap suci.
Teh yang dibuat daripada daun ini juga mempunyai aroma dan rasa yang menyegarkan selain dikatakan menyembuhkan penyakit-penyakit dan membantu menurunkan berat badan.
Turut baca :
Leave a Reply