Tunang rupanya kaki judi, wanita buntu majlis kahwin makin dekat

SAMA seperti najis dadah, tabiat bermain judi juga mampu membuatkan seseorang ketagihan.

Dalam kebanyakan kes, ada yang sanggup menghabiskan duit simpanan hingga tahap bergolok-bergadai untuk mendapatkan wang semata-mata mahu ‘melampiaskan’ ketagihan berjudi.

Dalam tidak sedar, dek kerana didorong keinginan dan impian untuk cepat kaya serta hidup mewah dalam masa yang singkat, ada antara mereka yang akhirnya jatuh muflis kerana berhutang keliling pinggang.

Demikian juga dengan kisah yang dikongsikan seorang wanita ini mengenai bakal suaminya, menerusi satu luahan di laman sosial.

Menurut wanita berkenaan, segala-galanya terbongkar selepas dia mengesan transaksi aneh yang dibuat oleh lelaki berkenaan.

“Saya pelik kenapa tunang saya banyak sangat transaction keluar masuk. Dulu kantoi dia main judi online. Dah janji nangis-nangis nak taubat.

“Tapi baru-baru ni, kantoi lagi main judi. Saya terkesima… terkejut,” luahnya yang tidak mendedahkan identiti diri itu.

Tambah wanita ini, apa yang membuatkan dia runsing dan buntu adalah mereka bakal melangsungkan perkahwinan dalam tempoh terdekat.

“Tak tahu nak rasa apa. Saya tak tahu macam mana nak beritahu keluarga saya sebab dia ni kesayangan keluarga saya. Entah lah. Advice boleh?” katanya dalam luahan yang disiarkan dalam satu akaun laman X.

Perkongsian berkenaan mengundang perhatian warga maya yang rata-ratanya tampil menasihatkan wanita berkenaan agar membatalkan perkahwinan supaya dapat mengelakkan implikasi yang lebih buruk.

“Jangan ambil risiko kahwin dengan kaki judi tu. Abang saya sendiri pun terjebak. Gaji habis dalam masa sehari je. Konon ada luck katanya. Kalau menang pun nanti habis juga dia pergi main lagi. Sampai mintak adik-beradik, hutang sana sini.

“Dah terlalu banyak pengalaman saya baca orang yang kahwin dengan harapan pasangan akan ubah tapi tinggal harapan sajalah. Selamatkan diri awak. Jangan teruskan.

“Duit hasil judi haram, anon. Kalau nanti ada anak, makan hasil judi jadi darah daging macam mana? Nanti anak jadi jahat sebab makan sumber duit haram dan tak berkat,” demikian antara komen netizen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*