Lelaki ‘khayal’ tunggang motor cetus kebimbangan ramai

Lelaki ‘khayal’ tunggang motor cetus kebimbangan ramai.

Kemalangan sememangnya perkara yang tidak diduga, namun boleh jadi berpunca angkara kecuaian orang lain.

Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar dipercayai dari lebuhraya Seremban 2 menjadi perhatian ramai.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok itu memakai pakaian serba hitam sambil memegang plastik di tangannya.

Menerusi video berdurasi 40 saat itu, lelaki berkenaan juga meletakkan plastik tersebut ke bahagian mukanya namun tidak dapat dipastikan untuk apa.

Dalam video yang lain pula, dapat dilihat lelaki berkenaan dalam keadaan selamat namun masih lagi seakan menghirup sesuatu dari plastik yang dipegangnya.

Rata-rata warganet berharap agar tiada berlaku perkara yang tidak diingini pada lelaki berkenaan.

Malah, mereka juga berseloroh bahawa lelaki tersebut telah sampai ke bulan.

Turut baca

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*