Bapa ‘bernafsu binatang’ noda anak sampai hamil, libas isteri guna parang

Bapa ‘bernafsu binatang’ noda anak sampai hamil, libas isteri guna parang.

Seorang buruh didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menodai anak kandungnya, melakukan amang seksual fizikal, mengugut untuk bunuh dan melibas parang terhadap isterinya, tahun lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua enam pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman.

Mengikut dua pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol anak perempuannya berumur 15 tahun dan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Sesyen Melaka.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh juga dikenakan tidak kurang 10 sebatan, bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh juga didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTK) 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 20 tahun dan boleh disebat.

Dalam prosiding sama, tertuduh turut didakwa melibas isterinya berusia 36 tahun dengan sebilah parang sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian lengan kiri mangsa.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu di bawah Seksyen 324 kanun sama dan dibacakan bersama Seksyen 326(a) akta sama.

Tertuduh juga didakwa telah melakukan ugutan jenayah terhadap kedua-dua mangsa sama, serta seorang anak lelakinya berusia 18 tahun, selain memaksa mereka mengikat pemuda itu dengan maksud hendak menakutkan akan membunuh anak dalam kandungan remaja berkenaan.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tujuh tahun dan dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Keenam-enam kesalahan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Durian Tunggal, dalam daerah Alor Gajah antara Jun hingga Oktober tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rashidah Baharom tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana mangsa adalah isteri dan dua anak kandungnya.

Tertuduh bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang rayuan bagi pertuduhan berkenaan. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 18 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*