“Susah nak tinggal, asyik ‘cair’ selepas dipujuk…” Wanita ‘terlajak’ sayang suami orang yang isterinya sedang hamil

“Susah nak tinggal, asyik ‘cair’ selepas dipujuk…” Wanita ‘terlajak’ sayang suami orang yang isterinya sedang hamil.

Bercinta dengan seseorang yang sudah berumah tangga bukan lagi satu perkara pelik pada masa kini.

Terbaharu, seorang wanita mendedahkan mengenai hubungan sulitnya dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang.

Namun, wanita yang tidak mendedahkan identiti diri itu membuat keputusan untuk menghentikan perbuatan kejinya selepas enam bulan menjalinkan hubungan terlarang tersebut.

“Saya ada ber‘kawan’ dengan suami orang.. Hampir enam bulan kami menjalinkan hubungan terlarang.

“Dalam beberapa hari ni saya ada cakap nak tinggalkan dia, tak nak teruskan lagi dah,” jelasnya.

Bagaimanapun, dia mula meragui keputusan tersebut apabila lelaki itu merayu supaya tidak ditinggalkan.

Dalam masa sama, wanita ini mengakui mereka sudah terlanjur mencintai antara satu sama lain walaupun bercinta dalam diam.

“Dia merayu minta I tetap bersama dia. Kami tak pernah terlanjur (seks) atau seangkatan dengannya.

“Kami berdua tahu kami pilih jalan salah tapi dah terlajak sayang dan ambil berat tentang satu sama lain. Nak buat macam mana?

“Sejauh mana nak simpan hubungan secara rahsia ni?” ujarnya.

Menurut wanita ini lagi, rasa bersalah semakin membelenggu dirinya apabila mengenangkan lelaki itu sudah mempunyai anak.

Malah, apa yang lebih membuatkan dia rasa bersalah apabila isteri kepada lelaki itu sedang hamil anak kedua.

Saya nampak je hala tuju (hubungan) tapi tak sampai hati nak buat perempuan lain macam tu.

“Saya tersangatlah memerlukan tip cara nak move on, tolong la. Saya perlukan pertolongan,” ujarnya dalam hantaran di X.

Posting tersebut mengundang kemarahan netizen apabila ramai yang tidak bersetuju dengan tindakannya.

Rata-ratanya meminta wanita ini mengambil langkah untuk menjauhkan diri dengan menyekat (block) lelaki tersebut daripada terus berhubung.

“Ia sangat mudah dengan cara block dan move on. Masalah awak ni ada moral compass (empati) yang rosak.

“Awak pentingkan diri dan tak ada hati perut sampai tak kisah aniaya orang lain (isteri) selagi tak dapat apa awak nak.

“Orang nasihat pun sia-sia je kalau awak rasa apa awak buat tu tak salah,” komen salah seorang netizen.

Turutbaca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*