Selain notis puaka, ah long simbah cat merah, nak bakar rumah sebab jiran tak bayar hutang

Selain notis puaka, ah long simbah cat merah, nak bakar rumah sebab jiran tak bayar hutang.

Seorang lelaki berputih mata selepas keretanya menjadi sasaran individu dipercayai pemberi pinjaman wang tanpa lesen (ah long) baru-baru ini.

Ia selepas mangsa memuat naik hantaran di Facebook memaparkan keretanya jenis Proton Iriz dan kenderaan lain yang disimbah cat merah di kawasan rumahnya yang terletak di Taman Selaseh, Fasa 2, Batu Caves, Selangor.

Melalui nota yang ditinggalkan ketika kejadian, suspek juga membuat ugutan untuk membakar rumah penghuni yang disasarkannya.

Bagaimanapun, suspek dikatakan sedang diburu polis selepas mangsa bertindak membuat laporan selepas kejadian itu.

Selain notis puaka, ah long simbah cat merah, nak bakar rumah sebab jiran tak bayar hutang

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian juga melibatkan dua buah pagar rumah dan tiga kenderaan iaitu Proton Persona, Perodua Myvi dan kereta mangsa.

“Perbuatan ini ditujukan kepada salah sebuah rumah di jalan yang sama.

“Kejadian dipercayai dilakukan oleh ah long berdasarkan penemuan sehelai nota berunsur ugutan jenayah yang ditujukan kepada penghuni rumah tersebut supaya melangsaikan hutang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ariffin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan meminta orang awam atau saksi yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil bagi membantu siasatan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*