{VIDEO} “Sungai ni siapa punya? Bapak kau ke?” Otai berperang mulut rebut port memancing

Satu pergaduhan kecil berlaku melibatkan dua lelaki ketika menjalankan aktiviti memancing di sebuah sungai baru-baru ini.

Ia selepas sebuah video tular di media sosial sejak Selasa memaparkan salah seorang daripadanya didakwa menceroboh kawasan sungai tersebut untuk memancing.

Menerusi video dimuat naik di Twitter (X) @mynewshub dan tular sejak Selasa, seorang warga emas pada mulanya dilihat sedang memancing sebelum didatangi seorang lagi lelaki.

Dalam video sama, lelaki berkenaan meluahkan rasa berangnya dengan menuduh bahawa warga emas itu tidak meminta izin dan memancing sesuka hati di kawasan tersebut.

Tidak lama kemudian, pertengkaran mulut berlaku antara kedua-dua individu terbabit yang ketika itu berada di atas bot kecil masing-masing.

“Sungai ni siapa punya? Bapak kau ke?,” kata salah seorang lelaki terbabit.

Perbalahan tersebut dilihat berlaku secara berterusan selama hampir empat minit sehingga durasi akhir video itu.

Namun, lokasi sebenar sungai tidak dinyatakan dan tiada kecederaan fizikal dilaporkan berhubung kejadian.

Selain itu, pertengkaran terbabit juga belum diketahui berakhir dengan baik atau pun tidak.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*