Didakwa miliki & ambil dadah di mahkamah, peminat titip doa buat Mamat ‘kembali ke pangkal jalan’
Bekas vokalis kumpulan Exists, Mamat menjadi perhatian warga maya susulan kes melibatkan najis dadah.
Penyanyi yang popular dengan lagu Untukmu Ibu dan Langkah Seiringan itu didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.
Mamat bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.
Mengikut kertas pertuduhan pertama, Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin, 46, didakwa memberi kepada diri sendiri dadah Methamphetamine kira-kira 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.
BELIAU JUGA MEMPUNYAI KESALAHAN BERULANG MEMBERIKAN DADAH KEPADA DIRI SENDIRI PADA TAHUN 2016 DAN 2018.
Sayu menyaksikan penyanyi pujaan ramai satu ketika dahulu terkait dengan kes dadah, warga maya rata-rata mendoakan agar Mamat kembali ke pangkal jalan.
– “Semoga ALLAH memberikan hidayah untuk Mamat supaya kembali ke pangkal jalan.”
– “Semoga Mamat selamat mengharungi kehidupan ini.”
– “Semoga Abang Mamat kembali ke pangkal jalan. Doa yang baik-baik untuknya, terima kasih menghiburkan kami suatu masa dulu.”
– “Semoga Abang Mamat kembali ke pangkal jalan. Doa yang baik-baik.”
– ” Semoga ALLAH beri beliau kekuatan jiwa, berat ujian dia.”
Bakal jalani rawatan piskatri, Namat mohon doa peminat
Wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak melaporkan Mamat akan menjalani rawatan psikiatri di Hospital Psikiatri Permai, Johor Bahru.
Dalam pada itu, beliau berharap peminat mendoakan dirinya berkaitan situasi yang sedang dihadapi.
“ALHAMDULILLAH, SEKARANG NI SAYA TENGAH HADAPI KES 39C (SEKSYEN 39C AKTA DADAH BERBAHAYA 1952). SELAIN ITU SAYA JUGA PERLU DIHANTAR KE PUSAT PSIKIATRI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN LANJUT BERMULA HARI INI.
“Semoga semua peminat dapat beri sokongan yang lebih baik untuk saya agar boleh teruskan dalam aktiviti seni selepas ini, terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, peguamnya, Azlina Abdul Aziz berkata, anak guamnya didakwa atas kesalahan lama iaitu pada 2019.
“Mamat ditahan bersama-sama seorang rakan pada jam 2 pagi di Taman Perling, 7 Januari lalu.
“Polis menjalankan pemeriksaan rutin dan mendapati tiada sebarang bahan terlarang dalam milikannya, malahan ujian urin yang dibuat juga negatif.
“Tetapi semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis mendapati Mamat berada dalam senarai dikehendaki atas kesalahan dadah pada tahun 2019, menyebabkan dia ditahan,” jelasnya.
KATANYA LAGI, MAMAT AKAN DIBAWA UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN PSIKIATRI SELEPAS MENGHIDAP PENYAKIT MENTAL SEJAK 10 TAHUN LALU.
“Sepanjang tempoh itu beliau (Mamat) memang ada makan ubat dan mengambil suntikan.
“Kita tunggu laporan pakar pada 20 Februari depan. Saya percaya Mamat boleh berubah, kita tahu dia banyak kes tetapi saya percaya kepada peluang kedua,” ujarnya.
Beliau berkata, kes tersebut sebelum ini tidak diteruskan selepas Mamat diberikan jaminan polis dan pada masa sama pegawai penyiasat terbabit mengalami kemalangan dan tidak lagi berkhidmat dengan polis.
Leave a Reply