SEORANG wanita terpaksa menanggung puluhan ribu ringgit apabila kereta kesayangan terbakar di Taman Maluri dekat Jitra, Kedah pada Jumaat lalu.
Melalui perkongsian adik lelaki mangsa, Amirul Affi Romli mendakwa kenderaan jenis Mazda kakaknya itu terbakar berkemungkinan angkara perbuatan khianat.
“Pada pukul 2 pagi Jumaat, keluarga saya dikejutkan dengan panggilan daripada jiran yang memberitahu kereta kami terbakar. Semua berlari ke belakang sebab takut merebak ke rumah.
“Alhamdulillah bomba berjaya sampai dengan pantas memadamkan kebakaran sebelum merebak ke rumah kami.
“Sehari selepas itu, pada pukul 12.05 tengah malam Sabtu, ada seorang budak lelaki tak dikenali menghampiri kereta dengan penuh mencurigakan.
“Dia kemudian lari tak cukup tanah sebab kena sergah oleh adik saya sebab nampak dia macam nak buat sesuatu (takut mungkin dia cucuh api lagi),” katanya.
Jelas Amirul lagi, agak mustahil untuk kereta kakaknya itu terbakar sendiri tanpa enjin hidup.
“Tiada apa-apa bahan yang mudah terbakar dalam kereta seperti semburan pewangi aerosol atau powerbank.
“Kalau ada sesiapa kenal budak ini tolong beritahu dia tinggal di mana dan anak sapa. Bukan nak tuduh dia yang buat cuma nak tanya sahaja,” tulisnya.
Turut baca :
- Diugut terlibat dalam jenayah penipuan, suri rumah rugi hampir RM1.5 juta diperdaya individu menyamar polis
- {VIDEO} “Sah! Cinta itu racun…” Tidak mampu terima kenyataan ditinggalkan kekasih, lelaki warga asing nekad berbogel di tempat awam
- {VIDEO} “Bukan kaleng-kaleng…” Nenek selamba ‘tarik suara’, dendang lagu ‘Dawai’ buat ramai ‘terpesona’
Leave a Reply