{VIDEO} “Bukan kaleng-kaleng…” Nenek selamba ‘tarik suara’, dendang lagu ‘Dawai’ buat ramai ‘terpesona’

Lagu ‘Dawai’ nyanyian Fadhilah Intan menjadi sebutan ramai.

Ini memandangkan lagu tersebut mencabar sesiapa sahaja yang mendendangkan lagu itu untuk mencapai nada yang tinggi.

Sejak tularnya lagu itu, ‘Dawai’ seringkali digunakan sebagai muzik latar oleh pengguna TikTok.

Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok menampilkan seorang nenek menyanyi lagu ‘Dawai’ dalam siaran ‘live’nya.

Ia jelas menarik perhatian ramai warganet, yang rata-rata terpesona dengan bagaimana nenek tersebut selamba ‘tarik suara’ ketika mendendangkan lagu itu.

Apa yang menarik juga adalah bagaimana gaya nyanyian nenek tersebut begitu berbeza dengan alunan penyanyi asal yang mana ramai yang mengatakan teknik nyanyiannya seperti nyanyian lagu-lagu lama.

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 1.3 juta tontonan, 64.6 ribu tanda sukan dan hampir 4 ribu komen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*