“Asal jadi duit apa pun boleh…” Bapa ‘kantoi’ jual filem lucah anak perempuan sendiri.
Seorang lelaki berdarah kacukan Thailand – Jerman ditahan pegawai dari Jabatan Siasatan Khas (DSI) pada 14 Januari lalu atas kesalahan mengedar filem lucah kanak-kanak dalam talian.
Tertuduh yang menetap di Thailand itu turut berdepan tuduhan melakukan serangan seksual terhadap anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.
Pejabat Polis Jenayah Persekutuan Jerman, Bundeskriminalamt (BKA), menyerahkan maklumat dan bukti mengenai suspek dikenali sebagai Tony kepada DSI pada 20 Julai tahun lalu.
Menurut laporan BKA, tertuduh disyaki melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuannya dan beberapa gadis muda lain yang berumur antara tujuh dan 10 tahun.
Malah, Tony juga mengedarkan pornografi kanak-kanak, termasuk rakaman anak perempuannya, melalui laman web lucah dan kebanyakan penonton adalah warga Jerman.
Sewaktu tangkapan yang dibuat pada 14 Januari lalu, pegawai menemui lebih 10,000 fail pornografi kanak-kanak dalam komputer miliknya dan sebahagian daripadanya telah dikongsi di laman web.
Pegawai polis turut menjalankan siasatan lanjut untuk mencari mangsa lain apabila menjumpai foto dan video tidak senonoh melibatkan gadis muda lain yang berbeza umur dan bangsa.
Susulan kejadian, Tony kini berada dalam tahanan polis menunggu perbicaraan atas enam pertuduhan di Mahkamah Jenayah Bangkok di Thailand.
Menurut portal Thaiger, mahkamah menolak permohonannya untuk diikat jamin.
Turut baca :
Leave a Reply