{VIDEO} “Minta kurang separuh harga..” Wanita lompat keluar dari teksi selepas tawar-menawar ditolak

“Minta kurang separuh harga..” Wanita lompat keluar dari teksi selepas tawar-menawar ditolak

Pekerja sebagai pemandu e-hailing atau teksi bukanlah satu tugas yang mudah kerana mereka juga terpaksa berdepan dengan cabaran yang tersendiri.

Pada masa sama, setiap hari pemandu ini berdepan pelbagai risiko daripada ditipu penumpang yang tidak ingin membayar tambang, menjadi mangsa samun hinggalah terbabit dalam kemalangan kerana mencari rezeki.

Mengimbau kembali kejadian yang berlaku di China pada tahun lalu, seorang wanita di China melompat keluar dari teksi yang sedang bergerak selepas pemandu menolak permintaannya untuk mengurangkan separuh bayaran tambang.

Difahamkan, wanita yang tidak didedahkan namanya itu dari wilayah Guizhou nekad membuka pintu teksi sejurus selepas tawar-menawar dengan pemandunya gagal.

Dalam satu video tular di media sosial, wanita yang duduk di kerusi penumpang hadapan dilihat bertengkar dengan pemandu teksi sebelum melompat keluar.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 4 petang (waktu tempatan) pada 3 November lalu. Apabila wanita itu masuk ke dalam kereta, pemandu itu memberitahu tambangnya ialah 20 yuan (RM12.95).

Sesi tawar-menawar berlaku namun pemandu itu kekal dengan harganya. Wanita itu kemudian mengugut ingin membuat aduan kerana bayaran yang dikenakan tidak wajar.

“Anda boleh menyuarakan aduan anda,” jawab pemandu itu sebelum wanita berkenaan berpaling untuk membuka pintu dan memberitahunya bahawa dia akan melompat keluar.

Pemandu itu memandangnya sekilas tetapi tidak memberhentikan kereta. Wanita itu kemudiannya jatuh ke atas jalan sambil menangis kesakitan

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*