‘Sedih dengar cerita isteri hamil dipukul suami hingga koma’ Jom! Ketahui kisah terbarunya

Sedih mendengar cerita seorang isteri dipukul oleh suami hingga koma. Insan yang sepatutnya menjadi insan melindungi sanggup bertindak di luar kawalan sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Ramai mula mengikuti kes Jahidah Nordin @Sylvester, 46, yang juga penjawat awam selepas berita kekejaman suaminya tersebar di laman sosial.

Mengimbas kembali kejadian pada tanggal 4 Mei 2021, Jahidah yang merupakan isteri kedua telah dipukul pada bahagian kepala, muka dan tangan.

TIDAK DAPAT MEMBAYANGKAN KESAKITAN DITANGGUNG, BELIAU YANG KETIKA ITU SEDANG HAMIL EMPAT MINGGU MENGALAMI KECEDERAAN PADA KEPALA SEHINGGA SEBAHAGIAN TENGKORAK TERPAKSA DIBUANG AKIBAT PENDARAHAN.

DIMAKLUMKAN, RAHANG, TULANG BELAKANG DAN RUSUKNYA JUGA RETAK DIPERCAYAI DIPUKUL LELAKI TERBABIT YANG MENYEBABKAN WANITA ITU TERLANTAR SEHINGGA KE HARI INI.

Berikut lima info berkaitan perkembangan terbaru kes Jahidah:

1-Mahkamah Sesyen Johor Bahru memerintahkan Rosmaini Abd Raof, 41, membela diri atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isterinya, tiga tahun lepas.

2-Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap lelaki yang bekerja sebagai peniaga itu.

3-Mahkamah bagaimanapun menetapkan 24 Januari ini untuk menentukan tarikh perbicaraan.

4-Pada hari kejadian, Rosmaini didakwa memukul kepala, muka, tangan dan menghentakkan kaki pada belakang tangan Jahidah yang ketika itu masih isteri ketiganya sehingga menyebabkan kecederaan parah.

5-Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pangsapuri di Kampung Aman, Larkin, Johor Bahru mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama, yang memperuntuk hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

JAHIDAH YANG KOMA AKIBAT KECEDERAAN PARAH SELAMAT MELAHIRKAN BAYI LELAKI SECARA PEMBEDAHAN PADA 30 NOVEMBER 2021.

Pada 15 Mac tahun lepas, Mahkamah Rendah Syariah Seremban membenarkan permohonan fasakh yang dikemukakan keluarga Jahidah pada 1 Feb 2023 sekali gus pasangan itu rasmi bercerai.

Adiknya, Fauziah Nordin sempat menitipkan harapan agar orang kena tuduh iaitu Rosmaini menerima hukuman setimpal.

“Dari dalam perut lagi sampai dua tahun Nufail sentiasa dalam kasih sayang dan jagaan kami.

“Semoga dipermudahkan urusan dan ibu Nufail mendapat pembelaan. Doakan Kami,” titipnya di Tiktok.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*