{VIDEO} Wanita ‘urut dada’ sempat elak kereta rempuh khemah niaga

Seorang peniaga wanita terkedu selepas khemah perniagaannya dirempuh sebuah kereta di tepi jalan di Rantau Panjang, Kelantan pada Selasa.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di Facebook sejak Rabu, peniaga terbabit dilihat dapat menghidu situasi yang bakal berlaku dan sempat mengelak kereta berkenaan.

Dalam video sama, pemandu kereta itu dilihat memandu secara laju sebelum terbabas merempuh khemah mangsa.

Berdasarkan informasi yang dikongsi orang awam, pemandu tersebut didakwa memandu dalam keadaan bahaya sebelum kejadian berlaku.

Individu terbabit juga didakwa keluar dari kereta dengan bersahaja seperti tidak waras selepas kejadian itu.

Lebih parah, dia didakwa kembali memandu dan merempuh beberapa kenderaan dan gerai lain di kawasan berhampiran.

{VIDEO} Wanita 'urut dada' sempat elak kereta rempuh khemah niaga

Pada masa sama, melalui satu gambar yang dimuat naik di Facebook Anak Jati Rantau Panjang, polis dilihat mengiringi pemandu kereta dan didakwa dalam perjalanan ke balai berdekatan.

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*