{VIDEO} “Tanpa rasa malu dan takut…” Ibu ‘sanggup’ guna bayi sendiri sembunyi ‘barang’ terlarang seludup masuk penjara

“Tanpa rasa malu dan takut…” Ibu ‘sanggup’ guna bayi sendiri sembunyi ‘barang’ terlarang seludup masuk penjara.

Demi untuk menyeludup barangan terlarang ke dalam penjara, seorang wanita sanggup menggunakan bayinya sendiri untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada mengesan kegiatannya itu.

Pada Oktober 2018, penduduk New York, Amerika Syarikat (AS) digemparkan dengan penularan video mengejutkan memaparkan aktiviti penyeludupan barangan terlarang ke dalam sebuah penjara di bandar raya tersebut.

Dalam kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) penjara itu, wanita terbabit dipercayai membuat kegiatan tersebut ketika melakukan lawatan bertemu dengan suaminya di pusat tahanan tersebut.

Berdasarkan klip berkenaan, suspek yang turut membawa bayinya semasa lawatan dilihat menyerahkan kanak-kanak tersebut kepada suaminya yang merupakan banduan di penjara itu.

Difahamkan, barangan yang diseludup itu terlebih dahulu disembunyikan ke dalam lampin bayi berkenaan untuk diambil ketika tahanan tersebut memegang anaknya.

Presiden kesatuan pegawai pusat pembetulan tersebut, Elias Husamudeen berkata, pegawai di penjara itu sememangnya biasa berhadapan dengan usaha penyeludupan sedemikian.

Bagaimanapun, insiden terbabit yang dilaporkan berlaku sekitar April 2018 disifatkannya sebagai sesuatu sangat mengejutkan kerana ia melibatkan eksploitasi terhadap kanak-kanak.

“Sungguh memalukan bahawa seseorang akan bertindak sebegitu sekali tanpa rasa malu dan takut untuk menggunakan kanak-kanak dengan cara itu,” katanya.

Ketika kejadian, usaha pegawai penjara untuk merampas barang diseludup dilakukan segera dengan memeriksa tahanan terbabit bagaimanapun gagal.

Ini kerana mereka tidak dibenarkan membuat pemeriksaan ke atas bahagian dalaman tubuh tahanan terbabit.

Susulan itu, banduan dan pelawat terbabit dilaporkan didakwa kerana pihak penjara tidak dapat mengenal pasti dengan jelas barangan yang diseludup masuk.

Antara barangan terlarang yang biasa diseludup ke dalam penjara terbabit adalah senjata tajam seperti pisau dan alat pencukur.

Setiap tahun, seramai 400 pelawat ditahan kerana menyeludup barang terlarang di penjara bandar raya tersebut.

“Kami menerima hampir 100,000 pelawat setahun. Jumlah yang direkodkan itu hanya melibatkan kes yang kami dapat kesan dan tangkap,” kata Husamudeen.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*