{VIDEO} “Leka bermain seorang diri…” Budak lelaki diseret sejauh 5 meter akhirnya muncul dari bawah kereta.
Kemalangan jalan raya boleh berlaku dalam sekelip mata kepada sesiapa sahaja tanpa mengira usia, termasuk terhadap golongan kanak-kanak.
Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab golongan dewasa untuk mengelakkan kemalangan atau insiden yang tidak diingini berlaku.
Mengimbau kembali kejadian yang berlaku di China pada 2019, seorang kanak-kanak lelaki hampir maut selepas dia dilanggar dan diseret sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang leka bermain seorang diri.
Memetik laporan media antarabangsa Newsflare.com, kejadian itu berlaku di bandar Baiquan dekat wilayah Heilongjiang pada 31 Julai.
Kejadian itu juga turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah premis berdekatan.
Melalui rakaman CCTV berkenaan, kelihatan seorang lelaki berjalan ke arah kereta yang diletakkan di depan premis tersebut.
Difahamkan lelaki berkenaan tidak menyedari kehadiran mangsa yang leka bermain di kawasan tersebut sebelum terus melanggarnya.
Malah, budak lelaki itu diseret ke hadapan sejauh kira-kira lima meter sebelum akhirnya muncul dari bawah kereta.
Seorang pemilik kedai berhampiran kemudiannya menghubungi ibu bapa budak itu sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang sejurus menerima rawatan di hospital.
Turut baca :
Leave a Reply