Konstabel, lans koperal rogol, samun dua remaja ditahan kerja.
Dua anggota polis berpangkat konstabel dan lans koperal yang dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang di sini pada Selasa lalu ditahan kerja
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tindakan tahan kerja dikenakan terhadap mereka sehingga siasatan dilakukan selesai.
“Ya. Akan terus ditahan kerja sementara siasatan dilengkapkan,” katanya ketika dihubungi di sini.
Semalam, polis mengesahkan tangkapan dua anggota polis dipercayai terlibat dengan kes rogol dan samun di Ampang di sini.
Ini susulan dua laporan polis diterima Kontinjen Selangor daripada pengadu lelaki dan wanita warga asing yang merupakan pelajar di sebuah kolej swasta.
Kejadian berlaku pada 10.09 malam, Selasa ketika pengadu dan rakan lelakinya berada dalam sebuah kereta di Ampang View di sini.
Katanya, remaja warga asing dan kawan lelakinya rakyat tempatan ditahan dua lelaki lengkap beruniform polis sebelum mangsa wanita dan kawan lelakinya dibawa ke lokasi berasingan.
Turut baca :
- {VIDEO} Kan dah merayu meminta maaf…” Ketua polis balai tumbuk, tampar orang awam di restoran
- Dakwaan PN rasuah Agong RM1 bilion, polis buka kertas siasatan
- {VIDEO} “Dia ni dah banyak kali buat kerja tak clean…” Muka peragut rantai emas dirakam CCTV tular
Seorang anggota polis merogol mangsa wanita dalam kenderaan polis manakala kawan lelaki kepada mangsa dirogol dibawa ke bank untuk mengeluarkan wang seperti diminta kedua-dua suspek.
Polis membuka dua kertas siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol dan Sekzyen 395/397 KK atas kesalahan merompak.
Terdahulu, tular laporan mendakwa dua anggota yang bertugas di sebuah daerah di Selangor terlibat dengan kes rogol dan pemerasan terhadap dua individu termasuk seorang warga Uzbekistan. Dua anggota polis terbabit didakwa berpangkat lans konstabel dan lans koperal dan masing-masing berusia 24 dan 31 tahun.
Leave a Reply