“Kan dah merayu meminta maaf…” Ketua polis balai tumbuk, tampar orang awam di restoran disiasat
Polis akan menjalankan siasatan terhadap dakwaan seorang ketua polis balai yang didakwa melakukan kekerasan fizikal terhadap seorang orang awam.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah mengesan rakaman video berdurasi 37 saat yang tular di media sosial termasuk platform X.
“Video tular itu dikesan pada pukul 3.11 petang Jumaat, dengan turut menamakan pegawai polis terlibat berserta jawatannya.
“Polis Johor akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan.
“Siasatan akan dijalankan dan tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Melalui video tular berdurasi 36 saat itu, kelihatan lelaki berbaju hitam mengasari seorang individu lain yang sedang duduk di dalam sebuah restoran.
Lelaki berkenaan dilihat menumbuk dan menampar mangsa beberapa kali sambil menjerit ke arahnya.
Lebih menggeramkan, mangsa juga tidak melawan selain merayu meminta maaf.
Leave a Reply