{VIDEO} “Korang tengok lah sendiri…” Pekerja restoran celup pinggan dalam tong sampah

“Korang tengok lah sendiri…” Pekerja restoran celup pinggan dalam tong sampah

Jijik dan pengotor. Itu dua perkara yang boleh diungkapkan menerusi satu video tular memaparkan perbuatan seorang pekerja restoran dipercayai mencelup pinggan kotor ke dalam air yang terisi di tong sampah dekat Taman Botanik, Klang, Selangor baru-baru ini.

Video berdurasi 22 saat itu dirakamkan seorang pengguna Twitter, Elyas Yusri yang dikatakan secara kebetulan berada di sekitar kawasan kedai makan tersebut.

“Kita ni dah lah selalu lepak situ, sekali nampak benda macam ini depan mata nak muntah. Basuh pinggan celup-celup dalam tong sampah.

“Terkaku lidah, nah korang tengok lah sendiri, tak ada lah tekak aku seorang loya,” ciapnya pada Ahad.

Sehubungan itu, Elyas memaklumkan dia segera menegur pekerja terbabit sambil merakam situasi tersebut dengan lebih dekat sehingga menampakkan air kotor yang bertakung di dalam tong sampah berkenaan.

Untuk pengetahuan semua, aku tegur terus, pekerja itu boleh cakap, oh tong sampah itu untuk rendam sahaja. Berderau darah aku.

“Kalau ya pun beli lah besen besar ke apa, aku tak nak sebut nama kedai. Tapi dia dekat Bandar Botanik, Klang, kedai ‘corner lot’,” jelasnya.

Situasi itu mengundang rasa mual dalam kalangan warganet yang nyata kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*