“Ini jadinya bila bagi muka…” Samseng Rohingya cuba ‘tawan’ Jalan Silang

“Ini jadinya bila bagi muka…” Samseng Rohingya cuba ‘tawan’ Jalan Silang.

Tidak seperti kebiasaannya apabila kawasan tumpuan warga asing digelar ‘Mini Dhaka’ di Jalan Silang di sini, suram dan sepi tadi, akibat dua kali diserbu pihak berkuasa.

Lokasi yang menjadi tumpuan peniaga warga asing menjual makanan dan pelbagai produk dari negara asal mereka tidak lagi dipenuhi ratusan pelanggan.

Tinjauan wartawan Harian Metro di lokasi itu, mendapati masih ada segelintir warga asing yang keras kepala dan berniaga di tepi jalan malah ada juga menjual sirih di kaki lima.

Kehadiran wartawan di kawasan itu seolah-olah dapat dihidu dan disambut dengan pandangan tajam warga asing yang bekerja di lokasi berkenaan.

Dapat dilihat segelintir warga asing dengan pantas membuat panggilan telefon untuk memberi amaran kepada rakan senegara yang kemudian bergegas menutup gerai sirih di kaki lima.

Sementara itu seorang peniaga tempatan, Dani berkata, kebanyakan peniaga warga asing yang mempunyai premis kedai adalah perniagaan berlesen.

Lelaki tempatan berusia 20-an itu memberitahu, dia dan rakan-rakan yang berniaga secara sah menyokong tindakan pihak berkuasa melakukan operasi di kawasan itu.

“Mereka ini mengaku sebagai warga Bangladesh tetapi sebenarnya adalah warga Rohingya.

“Mereka menjual sirih di merata-rata tempat secara sesuka hati dan pernah membuka gerai haram di depan pintu premis saya. Apabila ditegur, mereka akan berlagak samseng dan mengugut kami.

“Kebanyakan kedai dipaparkan media adalah perniagaan berlesen. Pengacau sebenar adalah mereka yang berniaga di kaki lima dan di lorong-lorong belakang,” katanya.

Menurutnya, perniagaan yang diasaskan bapanya warga Bangladesh dan ibunya wanita tempatan merudum susulan kebanjiran golongan pendatang Rohingya yang berniaga secara haram di situ.

Dani berkata, kumpulan itu mempunyai tonto yang akan memberi maklumat dan amaran kepada rakan-rakan lain sekiranya muncul pihak berkuasa.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*