Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing
Pelakon, penerbit dan usahawan Rosyam Nor meraih perhatian umum apabila mengemukakan cadangan agar rumah pelacuran khusus untuk pekerja asing dibuka di negara ini.
Menurut Rosyam, pandangan itu dibuat berdasarkan jumlah pekerja dan pendatang asing yang dilihatnya semakin membanjiri Malaysia sejak kebelakangan ini.
“Sekarang negara kita ada kira-kira 3 juta pendatang asing. Bini, anak mereka semua tinggal. Nama pun lelaki, kalau dia tak melepaskan (nafsu) nak tonjol di mana?” katanya.
Justeru, dakwa penerbit filem Rempit Sampai Langit itu lagi, dengan menyediakan rumah pelacuran yang dimaksudkannya itu, sekurang-kurangnya kes rogol dapat dikurangkan.
“Rumah pelacuran ini dalam bahasa mudah adalah untuk melepaskan (nafsu). Ini cuma (antara jalan) untuk menyelamatkan anak dara, bini kita daripada dipanjat (dirogol) mereka.
“Sekurang-kurangnya, jika ada rumah pelacuran, mereka akan pergi bayar (langgan) di sana,” katanya yang menegaskan cadangan tersebut merupakan pendapat peribadi saja.
Rosyam berkata demikian dalam satu sesi wawancara berlangsung melalui podcast Hitam Putih Kehidupan yang disiarkan di TikTok Suhan Movies semalam.
Menjengah ke ruangan komen di media sosial, cadangan diketengahkan itu dipersetujui segelintir pengguna alam maya yang menganggap pelakon Gila-Gila Remaja terbabit bijak meluahkan isu berkenaan secara matang.
“Akhirnya ada seseorang yang beritahu kebenaran,” kata seorang netizen.
Pengguna Internet yang lain pula berkata, rumah pelacuran ada dibuka secara terkawal di sesetengah negara khususnya di Barat.
Bagaimanapun, ada segelintir pengguna alam maya yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana ia ditegah Islam.
Bahkan mereka berpendapat, tidak semua lelaki tidak boleh mengawal nafsu dan dengan mudah terjebak dengan kegiatan maksiat.
“Islam haramkan penzinaan tapi menghalalkan perkahwinan,” kata seorang pengguna Internet.
“Jangan cakap macam itu Datuk, nanti orang kita (penduduk tempatan) yang ramai pergi (melanggan pelacur).
“Maaf Datuk, saya tak setuju. Ini sama saja seperti peribahasa gali lubang, tutup lubang, nak selesaikan satu masalah nanti menimbulkan masalah yang lain,” kata seorang netizen.
Turut baca :
- “Dianggap sebagai pisau cukur…” Iklan gadis 17 tahun cari calon suami gaji RM17,000 dikecam
- “Ada juga yang sokong…” Guru wanita lempang pelajar dengan buku kerana merokok dikecam warganet
- {VIDEO} “Nasib baik la ada hero datang menyelamat…” Wanita berdepan detik cemas, Myvi masuk longkang dihanyutkan air deras
Leave a Reply