“Dianggap sebagai pisau cukur…” Iklan gadis 17 tahun cari calon suami gaji RM17,000 dikecam

“Dianggap sebagai pisau cukur…” Iklan gadis 17 tahun cari calon suami gaji RM17,000 dikecam.

Sebuah agensi mencari jodoh di Singapura menerima kecaman pengguna media sosial kerana mengiklankan syarat gaji minimum SG$4,800 (RM16,768) sebulan untuk pelanggannya yang merupakan gadis Vietnam, lapor portal berita Mothership.

Agensi Perkahwinan Pengantin Vietnam B&G menerusi satu hantaran di laman Facebook turut mengiklankan syarat bahawa calon suami gadis berkenaan mesti berusia bawah 36 tahun.

Tambahnya, mereka yang berminat untuk berkenalan dengan gadis tersebut perlu menjalani sesi perkenalan selama sembilan bulan bagi benar-benar mengenali hati budi masing-masing.

Hantaran itu turut memaparkan profil si gadis yang baru tamat sekolah menengah dan berusia 17 tahun.

“Banyak perkahwinan campur tidak bertahan lama disebabkan masalah kewangan. Sila pertimbangkan sebaik-baiknya. Jika kewangan anda kukuh, anda boleh mempertimbangkan pilihan ini,” ujar keterangan pada hantaran tersebut.

Turut baca :

Berdasarkan maklum balas yang diterima terhadap iklan itu, ramai netizen mempersoalkan syarat gaji dan had umur yang diketengahkan.

Orang ramai turut mengecam iklan tersebut dan menganggap gadis berkenaan sebagai pisau cukur yang hanya mencari lelaki kaya.

Sebilangan netizen lain pula mahu si gadis menyambung pelajaran dan bukannya mencari calon suami.

Sementara itu, pengasas agensi tersebut, Eric Koh menjelaskan bahawa syarat gaji minimum itu ditetapkan oleh dia sendiri, dan bukannya gadis berkenaan.

Katanya, faktor itu adalah penting bagi melindungi gadis tersebut dan mengelakkan tekanan kewangan dalam rumah tangga pada masa akan datang.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*