“Cermin diri dulu…” Sanggup ikat, bakar hidup-hidup rakan wanita zaman kanak-kanak selepas lamaran ditolak

“Cermin diri dulu…” Sanggup ikat, bakar hidup-hidup rakan wanita zaman kanak-kanak selepas lamaran ditolak.

Tidak berpuas hati lamaran ditolak, seorang wanita maut selepas dibakar hidup-hidup oleh rakan zaman kanak-kanak.

Suspek dikenali sebagai Sicko Vetrimaran merupakan transgender, memilih menjadi lelaki, kerana menyukai mangsa, R. Nandhini, 25.

Berdasarkan maklumat, dia didakwa membawa Nandhini keluar dengan menunggang motosikalnya pada malam Krismas sebelum menutup mata Nandhini untuk kejutan hadiah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Tempatan, Gowtham Goyal berkata, kejadian berlaku sekitar jam 7.00 hingga 7.15 malam itu, suspek membawa mangsa ke sebuah petak kosong berhampiran Jalan Ponmar.

“Mengikut siasatan awal, dia menutup mata Nandhini dengan alasan untuk memberikan hadiah sebelum menyedari dirinya dirantai di tangan dan kaki.

“Nandhini merayu untuk dilepaskan namun suspek menuang minyak tanah dan membakarnya hingga mati.

“Mereka berkawan merupakan rakan sepermainan ketika kanak-kanak, tetapi mangsa menolak lamaran perkahwinan suspek kerana minat terhadap orang lain di firma IT mereka di Thoraipakkam, Chennai, India,” katanya.

Polis menemui nombor Sicko pada telefon bimbit mangsa kemudian menghubunginya.

Dia bagaimanapun memberi kerjasama dengan kembali ke tempat pembunuhan untuk membantu.

Media tempatan melaporkan bahawa suspek juga membantu membawa mangsa ke hospital, tetapi meninggal dunia akibat kecederaan serius.

Jurucakap polis menyatakan dia mengaku melakukan jenayah tersebut ketika soal siasat.

Sicko ditangkap kerana membunuh dan siasatan diteruskan.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*