{VIDEO} “Bukan sengaja pun…” Bapa tumbuk lelaki bertubi-tubi gara-gara pintu terkena anak

“Bukan sengaja pun…” Bapa tumbuk lelaki bertubi-tubi gara-gara pintu terkena anak.

Gara-gara membuka pintu kedai dan terkena anak orang lain, seorang lelaki ditumbuk bertubi-tubi dalam satu kejadian di bandar Bhayangkara Kubil dekat Kota Serang, Indonesia baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku pada 23 Disember lalu namun video tersebut mula tular di sosial media sejak Jumaat.

Difahamkan pada waktu kejadian, mangsa membuka pintu kedai berkenaan sehingga tertolak kanak-kanak tersebut sehingga jatuh ke lantai.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan, jelas kelihatan mangsa tidak sengaja membuka pintu berkenaan.

Dia kemudiannya dilihat cuba meminta maaf namun tidak diendahkan bapa kepada kanak-kanak lelaki yang terus menumbuknya berkali-kali di kepala.

Lebih menggeramkan lagi, lelaki berkenaan terus menumbuknya walaupun mangsa dilihat meminta maaf.

Difahamkan mangsa telah membuat satu laporan polis selepas video tersebut tular.

Ramai yang berpendapat lelaki terbabit bukanlah seorang bapa yang begitu bertanggungjawab kerana ketika kejadian, dia hanya membiarkan anaknya berjalan di belakang dan tidak mendukung kanak-kanak tersebut.

Malah ramai yang mengatakan dia sibuk mengira duit ketika keluar dari pintu hingga tidak mempedulikan anaknya.

Hanya apabila anaknya terjatuh akibat terlanggar pintu, barulah dia tiba-tiba menggelabah dengan situasi yang berlaku.

Bahkan dia kelihatan meninggalkan premis tersebut bersama anaknya dengan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*