Ngerinya! Lelaki putus kepala terlibat kemalangan langgar trak pikap tepi jalan

SEORANG lelaki maut selepas kereta dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 54.6 Lebuhraya Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dekat Kuala Selangor, Selangor pada Rabu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada pukul 2.16 petang.

Difahamkan, kedua-dua kenderaan yang terlibat dalam kejadian terbabit iaitu sebuah Perodua jenis Axia dan Mitsubishi Triton sedang dalam perjalan dari Kapar ke Kuala Selangor.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tersepit dan tidak sedarkan diri di bahagian pemandu Perodua Axia tersebut.

“Manakala pemandu dan menumpang Triton tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujar kenyataan itu.

Kesemua mangsa terlibat berusia antara 20-an hingga 30-an.

Sementara itu, kemalangan terbabit dipercayai berpunca selepas kereta Axia dinaiki mangsa melanggar belakang kenderaa pacuan empat roda terbabit yang sedang berhenti di tepi jalan atas urusan kerja.

Pada masa sama, gambar tular di sosial media mengenai kejadian tersebut menyaksikan mangsa yang meninggal dunia berada dalam keadaan kepalanya terputus dari badan akibat kemalangan tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*