{VIDEO} Lelaki terduduk depan treler, tangan putus lepas kemalangan

SEORANG lelaki mengalami kecederaan parah putus tangan selepas dipercayai terlibat dalam satu kemalangan di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.

Dalam kejadian tersebut, lelaki berkenaan yang menaiki motosikal difahamkan terlibat kemalangan bersama sebuah lori treler.

Impak daripada perlanggaran berkenaan, mangsa dilihat cedera parah dan terduduk di hadapan treler berkenaan yang sudah berhenti dalam keadaan tangan kanannya terputus dari badan.

Pada masa sama, sebahagian daripada tangan kirinya juga didapati sudah hancur akibat kemalangan tersebut.

Menerusi sebuah video tular yang dikongsikan orang awam, pasukan perubatan dan pihak polis dilihat sudah berada di lokasi bagi memberikan rawatan.

Punca kepada kejadian kemalangan itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan dengan pihak polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut.

Turut baca :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*